kedua-dua bahan, madu & serbuk kulit kayu manis mempunyai kualiti penyembuhan semulajadi yg diamalkan sejak sekian lama. Hasil kajian, minyak pati dari kulit kayu manis & enzim madu yg menghasilkan hydrogen peroxide menjadikan kedua-dunya sebagai makanan anti-microbial yg mampu menghalang berlakunya jangkitan bakteria, kuman & kulat dalam tubuh. Kedua-duanya juga boleh digunakan sebagai pengawet makanan tradisional semulajadi yg berkesan utk melanjutkan jangkahayat makanan.
Resepi 1 :-
- Didihkan 2 gelas air, masukkan 2 sudu kecil serbuk kulit kulit kayu manis & seketul halia sebesar ibu jari (dititik). Biarkan suam, kemudian masukkan 1 sudu kecil madu, kacau & minum.
- berupaya menghilangkan antara 2kg-5kg dari berat badan anda jika diamalkan selama 7 minggu berturutan.
- menurunkan paras koleterol badan hingga 10% dalam masa 2 jam (sangat baik utk mereka yg menghadapi masalah radang sendi).
- mencegah berlakunya pengumpulan lemak dalam badan walaupun anda mengambil makanan yg berkalori tinggi.
- mempercepatkan proses penghadaman makanan.
- melancarkan pengeluaran toksin & sisa-sisa najis.
- membuang angin & gas dalam badan.
- mengeluarkan peluh (buang toksin secara sederhana).
- mencegah kesakitan pra-haid, kekejangan otot & sengal-sengal sendi & tulang.
- membantu merembeskan hormon ‘endorphin’ yg menggalakkan ‘mood’ ceria sepanjang hari.
- mengatasi masalah rendah daya-libido bagi wanita (a.k.a masalah dingin seks)
- mencegah dari berlakunya jangkitan kuman pada pundi kencing.
- merawat masalah batuk, selesema, melegakan saluran hidung yg tersumbat & merawat masalah resdung.
- menguatkan sistem imunisasi & melindungi badan dari serangan bakteria & virus.
- mengekalkan kesegaran & kelembutan kulit, melewatkan proses penuaan.
- merawat masalah jerawat & jeragat, juga boleh mencegah timbulnya jerawat & jeragat.
- meningkatkan kepekaan, fleksibiliti & kekuatan badan bagi warga tua.
- menguatkan deria pendengaran.
- ramuan ini boleh disapu & diurut pada bahagian badan yg lenguh-lenguh & sengal-sengal, bermakna boleh meredakan radang sendi (arthritis).
- mengurangkan kadar asid pada makanan.
- Campur 1 sudu besar madu & 1 sudu kecil serbuk kulit kayu manis, kacau sebati.. jadikan seperti jam & dimakan bersama roti ketika sarapan.
- kajian terkini oleh Copenhagen University membuktikan resepi ini membantu menurunkan paras kolesterol, melancarkan pernafasan, menguatkan fungsi hati & membebas saluran arteri & pembuluh darah yg tersumbat.
- oleh itu amalan resepi ini dapat mengurangkan risiko penyakit jantung, lelah & lain-lain penyakit yg berkait dengan hati & saluran pernafasan.
- Sediakan segelas air suam, masukkan 1 sudu kecil madu & 1/4 sudu kecil serbuk kulit kayu manis, kacau & berkumur-kumur waktu pagi.
- dapat menghilangkan bau mulut & menyegarkan nafas sepanjang hari!!!
- Pengambilan minuman serbuk kulit kayu manis bercampur madu dapat mengimbangkan kadar asid-alkali dalam badan, menjadikan badan anda lebih segar & cergas, di samping menggalakkan mood ceria utk bertugas sepanjang hari. Cubalah..





