Social Icons

Pages

Friday, January 21, 2011

resepi awet muda langsing dari dapur cara menggunakan serbuk kulit kayu manis plus madu melancarkan metabolisma serta menurunkan berat badan

assalamualaikum.. hello pretty face..

kedua-dua bahan, madu & serbuk kulit kayu manis mempunyai kualiti penyembuhan semulajadi yg diamalkan sejak sekian lama. Hasil kajian, minyak pati dari kulit kayu manis & enzim madu yg menghasilkan hydrogen peroxide menjadikan kedua-dunya sebagai makanan anti-microbial yg mampu menghalang berlakunya jangkitan bakteria, kuman & kulat dalam tubuh. Kedua-duanya juga boleh digunakan sebagai pengawet makanan tradisional semulajadi yg berkesan utk melanjutkan jangkahayat makanan.


Resepi 1 :-
  • Didihkan 2 gelas air, masukkan 2 sudu kecil serbuk kulit kulit kayu manis & seketul halia sebesar ibu jari (dititik). Biarkan suam, kemudian masukkan 1 sudu kecil madu, kacau & minum.
Kelebihan & Khasiat Resepi 1 :-
  • berupaya menghilangkan antara 2kg-5kg dari berat badan anda jika diamalkan selama 7 minggu berturutan.
  • menurunkan paras koleterol badan hingga 10% dalam masa 2 jam (sangat baik utk mereka yg menghadapi masalah radang sendi).
  • mencegah berlakunya pengumpulan lemak dalam badan walaupun anda mengambil makanan yg berkalori tinggi.
  • mempercepatkan proses penghadaman makanan.
  • melancarkan pengeluaran toksin & sisa-sisa najis.
  • membuang angin & gas dalam badan.
  • mengeluarkan peluh (buang toksin secara sederhana).
  • mencegah kesakitan pra-haid, kekejangan otot & sengal-sengal sendi & tulang.
  • membantu merembeskan hormon ‘endorphin’ yg menggalakkan ‘mood’ ceria sepanjang hari.
  • mengatasi masalah rendah daya-libido bagi wanita (a.k.a masalah dingin seks)
  • mencegah dari berlakunya jangkitan kuman pada pundi kencing.
  • merawat masalah batuk, selesema, melegakan saluran hidung yg tersumbat & merawat masalah resdung.
  • menguatkan sistem imunisasi & melindungi badan dari serangan bakteria & virus.
  • mengekalkan kesegaran & kelembutan kulit, melewatkan proses penuaan.
  • merawat masalah jerawat & jeragat, juga boleh mencegah timbulnya jerawat & jeragat.
  • meningkatkan kepekaan, fleksibiliti & kekuatan badan bagi warga tua.
  • menguatkan deria pendengaran.
  • ramuan ini boleh disapu & diurut pada bahagian badan yg lenguh-lenguh & sengal-sengal, bermakna boleh meredakan radang sendi (arthritis).
  • mengurangkan kadar asid pada makanan.
Resepi 2 :-
  • Campur 1 sudu besar madu & 1 sudu kecil serbuk kulit kayu manis, kacau sebati.. jadikan seperti jam & dimakan bersama roti ketika sarapan.
Kelebihan & Khasiat Resepi 2 :-
  • kajian terkini oleh Copenhagen University membuktikan resepi ini membantu menurunkan paras kolesterol, melancarkan pernafasan, menguatkan fungsi hati & membebas saluran arteri & pembuluh darah yg tersumbat.
  • oleh itu amalan resepi ini dapat mengurangkan risiko penyakit jantung, lelah & lain-lain penyakit yg berkait dengan hati & saluran pernafasan.
Resepi 3 :-
  • Sediakan segelas air suam, masukkan 1 sudu kecil madu & 1/4 sudu kecil serbuk kulit kayu manis, kacau & berkumur-kumur waktu pagi.
Kelebihan & Khasiat Resepi 3 :-
  • dapat menghilangkan bau mulut & menyegarkan nafas sepanjang hari!!!
  • Pengambilan minuman serbuk kulit kayu manis bercampur madu dapat mengimbangkan kadar asid-alkali dalam badan, menjadikan badan anda lebih segar & cergas, di samping menggalakkan mood ceria utk bertugas sepanjang hari. Cubalah..
Thank you for reading.. Like !
 

Sample text

Sample Text

Sample Text

fsdfsd sdf sdf aseew